Mar 21, 2010

bas nyer citer....

tadi ak ad bace citer ni satu, bole tahan la dye punyer bangang!hahhaha...
camni la agak2 citer dye,...

one day,.. seorang balu ni g hantar anak dye yang baru 5 tahun
naik bas ekspress Kuala Lumpur - Kangar. Balu itu pesan kat driver
bas tu "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
giller. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya...
"dah sampai Ipoh ke belom ek??" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. dah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. aku kejut lah..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak kecik tadi. Lalu dye
pom tanya pada penumpang laen.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.
"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!"
lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

adoi,.... susa2 je driver tu patah blik. tp ad btolnye driver tu buat camtu...,yg mak ni plak,ade ke patot wat camtu, kesian dak kecik tu....ak rase dak tu da lapar sgt la tu time bising ty 'da sampai ipoh lom?' tu...

No comments:

Post a Comment