Mar 24, 2010

ustaz minum arak.

‘minum arak makruh!’

Cikgu Ramli yang berasal dari KL baru ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di negeri Kedah...

Ustaz Yahya: Tak nampak kelmarin?

Cikgu Ramli: Kat mana?

Ustaz Yahya: Kat rumah Guru Besar laa...

Cikgu Ramli: Ada apa kat sana semalam?

Ustaz Yahya: Hang tak taww ka? Kan dia buat open house...Tahun Baru Cina!

Cikgu Ramli: A ha laa...terlupa plak,saya blik KL semalam. Raya kat sana...

Ustaz Yahya: Ramai! Meriah...bukan dari sekolah kita ja,org PPD pun ada. Rugi hang tak mai, boleh kenal2 org PPD. Ramai sampai tak cukup kerusi wuuu...

Cikgu Ramli: Hidang ke, bufet?

Ustaz Yahya: Bufet...kalau hidang tak taw le macam mana. Ramai dan kawasan pulak sempit. Ramai yang kena minum arak!

Cikgu Ramli: Eh, tak boleh tu!

Ustaz Yahya: Dah terpaksa, nk buat lagu mana?!

Cikgu Ramli: Makanan lain halal tak ustaz?

Ustaz Yahya: Eh, ada pulak tak halal...dia pakai catering la,orang kita. Guru Besar kita ni, walaupun Cina, tapi dia faham, tetamu pun ramai orang Melayu...

Cikgu Ramli: Yang minum arak tu???

Ustaz Yahya: Itu dah terpaksa...

Cikgu Ramli: Tak haram ke?!

Ustaz Yahya: Ish,ada ke haram pulak?! Makruh je tu...

Cikgu Ramli: Hah, makruh???

Ustaz Yahya: Iya, makruh! Makan pun makruh...tapi kalau dah terpaksa,nak buat lagu mane?! Lagipun dah tak ada tempat.

Cikgu Ramli: Ustaz pun minum jugak ke?

Ustaz Yahya: Takkan tak minum kot, dah makan...kenalah minum. Nanti tercekik pulak, hang nih...

Cikgu Ramli: Haram tetap haram ustaz! Tak boleh jadi makruh.

Ustaz Yahya: Memang tak haram pun, makruh ja!

Cikgu Ramli: Biar betul ustaz ni,hukum tak boleh dibuat main2...lebih2 lagi, Ustaz. Orang yang tahu hukum.

Ustaz Yahya: aku tau hukumla aku kata makruh! Kalau boleh, jangan la buat. Tapi kalau dah terpaksa,dah tak cukup kerusi,nk buat camana? Arak la!

Cikgu Ramli: Astagfirullahalazim...dah jelas ustaz! Meminum sesuatu yang memabukkan seperti arak, hukumnya haram!

Ustaz Yahya: Minum minuman memabukkan seperti minuman beralkohol memang la haram, tapi...minum arak makruh!

Cikgu Ramli: ???tak faham la ustaz...arak ustaz kata haram, tapi minum arak, ustaz kata makruh pulak...pening saya di buatnya.

Ustaz Yahya: he he he...bila dah duduk sini lama nanti..hang faham laa! Kalau dah pening,makan la ubat. Nak masuk kelas dah kan?!

Perkhh.......dengan slumber je ustaz ni cakap,” minum arak makruh!”...

Adoi, ngan aku2 sekali bengang.

Tapi, rupenye dialek Kedah.

Minum arak = minum sambil berdiri atau berjalan.

Huhuhu....;)

AYAM PUNGGUNG

Opss...... Ayam panggang laa~

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..

Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia
menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar
dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya.
lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.


"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau.

Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."


Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut...

Lantas,
lelaki itu,
ke tandas kerana maaluuu~

huhu...sape sanggup jilat bontot org laen der??!!!

Mar 23, 2010

LAGI KES DERA

Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk
!
KWANG3X.. TEKUM BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA

X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK ....

Mar 21, 2010

lawak half blue,hehe...

JOHN AND JANET

Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya
telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.

Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut,
tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.
Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu
yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai
tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut.
Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut
selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya,
dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan
seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin.
John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan.
Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.
Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John,
"John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus,
kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John,
dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang.
Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil
duduk di sofa berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut but aku."
John buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin aku.."
Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt aku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.





Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...





"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Akekekek...apa yg engkorang pikir haaa?????????
hope korang ok ngan ape yg ak nk share nih...
btw, ape yg korang pikir ek?time mula2 ak bce lawak ni, ad terpikir bnda laen gak,hihi

bas nyer citer....

tadi ak ad bace citer ni satu, bole tahan la dye punyer bangang!hahhaha...
camni la agak2 citer dye,...

one day,.. seorang balu ni g hantar anak dye yang baru 5 tahun
naik bas ekspress Kuala Lumpur - Kangar. Balu itu pesan kat driver
bas tu "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
giller. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya...
"dah sampai Ipoh ke belom ek??" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. dah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. aku kejut lah..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak kecik tadi. Lalu dye
pom tanya pada penumpang laen.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.
"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!"
lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

adoi,.... susa2 je driver tu patah blik. tp ad btolnye driver tu buat camtu...,yg mak ni plak,ade ke patot wat camtu, kesian dak kecik tu....ak rase dak tu da lapar sgt la tu time bising ty 'da sampai ipoh lom?' tu...